Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

11/5/18

Ajar anak kita berbahasa Dusun

Luahan hati seorang anak jati Dusun..

Kepada semua dlm group ini. Terlebih dahulu slmt malam untuk semua. Minta maaf kerana saya kena cakap sesuatu yakni tentang status bahasa ibunda orang2 KadazanDusun masa kini.
1. Isu nya ialah bahasa atau pun boros dusun terutamanya  sedang menuju kepupusan dan amat menggerunkan kerana ia berlaku dengan kadar yang begitu cepat sekali.
2. Kita yang amat sayang dgn bahasa ibunda kita amat bimbang kerana akan tiba masanya tidak ada lagi yang boleh bertutur dalam bahasa dusun.
3. Kita semua kena tanya diri kita sedalam dalamnya. Mahukah sebenarnya kita melihat perkara ini berlaku? Bagi yg patriotik dengan suku sendiri, sdh pastilah tidak. Namun ada sebahagian masyarakat dusun yg tidak kisah dan sama sekali tidak ambil peduli tentang hal ini.
Persoalannya ialah...mengapakah ibubapa sekarang tidak mahu mewariskan bahasa ibunda kepada anak2 mereka?
4. Secara peribadi saya merasa sangat bimbang, cemas dan takut bilamasa tiba hari itu...saya pasti tidak dapat menerima hakikat kepupusan bahasa ibunda atau boros tinungkusan tokou.
5. Saya ingin mengajak saudara saudari tobpinai toinsanan...marilah kita lakukan sesuatu
untuk memperbetulkan kesilapan kita ini. Let's do something about it before it is too late  hence irreverseable.
6. Pembelajaran BKD di sekolah jelas tidak dapat melakukan apa
yang kita semua harapkan. Tidak boleh. Kecualilah ibubapa ajar anak2 mereka dirumah sejak kecil lagi.
7. Semua anak2 saya fasih dalam bahasa dusun. Dalam setiap
kesempatan, saya akan selalu memperingatkan rakan2 agar tidak lupa mewariskan bahasa ibunda kepada anak2 mereka sendiri..suatu sumbangan kecil daripada pihak saya.
Disekolah pun saya cuba bagi tahu dan memperingatkan pelajar bahawa adalah amat penting
bagi mereka semua tahu bertutur dalam bahasa ibunda dan tidak sama sekali melupakannya. Saya kata kepada mereka, "kamu yg sudah tidak tahu kena belajar balik. Tidak ada yang mustahil. Kalau tidak, kamu adalah penyumbang kepupusan bahasa dusun dari muka bumi ini" Inilah yg selalu saya tegaskan.
8. Tobpinai kou ngawi..
Kanou noh mangai tokou kaagu poimogono iti boros tinungkusan tokou mongoi au daa atagak. Daripada tindakan kita semua
maka sekurang2 nya
kita sudah melakukan sesuatu yang baik untuk kesinambungan bahasa dusun bahasa
ibunda kita.
9. Kanou pomusarahai tokou taralom om kaanu daa tokou maganu laang di kopunong. Kounsikahan kuma dikoyu toinsanan.

APASI BOROS APASI TINARU

2 comments:

Mt. said...

Hi, I am hoping to join promoting Bahasa Dusun / Kadazan, may I know how to get in touch with you ? Michael Tsen here.

Calrase Patrick said...

Boleh baca lebih lanjut di Belajar Bahasa Dusun

Apasi Boros Apasi Tinaru