Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputeraasli
yang terbesar di Sabah.
Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum
etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai
kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun
Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang
Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan
sebagainya.
Pada mulanya Tun
Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan
istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan
bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh
ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu
istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang
merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di
pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan,
Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah
petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu
serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas
adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya
Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang
Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan
orang Kadazan-Dusun menganuti agamaKristian. Bagi
Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala
daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai
beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami
kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok
dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan
mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 -
200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat
dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan
etnikKadazan dan Dusun serta
beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan
politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu
berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa
Malaysia dan bahasa Indonesia.