Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

12/1/11

Mari Belajar Bahasa Dusun

Hai, Salam sejahtera. Shalom.
     Akhirnya tercipta juga blog ini. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi kepada anda semua yang ingin belajar bahasa dusun. Idea ini tercetus setelah saya mendapati sebahagian besar anak muda masa kini kurang atau tidak boleh bertutur dalam bahasa dusun iaitu salah satu suku kaum yang terbesar di Sabah. 

     Pengalaman saya sendiri, bukan dibesarkan dengan menggunakan Bahasa Dusun meski ibu bapa saya adalah dusun 'tulen'. Di rumah, ibu bapa berkomunikasi dengan saya menggunakan bahasa Melayu walaupun kedua-duanya fasih berbahasa dusun. Hanya bila kami balik kampung sahaja saya dapat 'try2' cakap bahasa dusun dengan kazen2 saya yang sememangnya "bercakap macam air" saja dalam bahasa Dusun.

     Saya sangat cemburu apabila melihat kazen2 saya di kampung, berumur hanya 4-6 tahun, tapi sudah amat lancar berbahasa dusun. Apabila bertutur dalam bahasa Melayu, mereka juga boleh. Ini menambahkan lagi semangat ingin belajar bahasa sendiri dalam diri saya. Sesekali saya cuba bercakap dusun tapi tidak sah kalau tidak diketawakan oleh kazen2 saya. Saya tidak berputus asa, saya akan cuba lagi walaupun banyak kesalahan berlaku. Kazen2 saya pula tidak berhenti mengajar saya apa saja perkataan baru yang saya tidak tahu. Perkataan pertama yang saya tahu adalah " Id korongou ko..Bosuk!!"..hahaa.. Lucu kan.. Perkataan ini keluar dari mulut kazen saya yang berumur 6 tahun. Sehingga kini saya masik ingat ayat ini. Sejak dari itu, bila mau balik kampung saja, mesti saya suka sebab saya boleh belajar bercakap dusun lagi. Datuk dan nenek saya yang memang kurang pandai cakap melayu adalah tempat saya belajar banyak tentang bahasa ni. Walaupun bahasa Dusun dorang agak 'dalam' sikit tapi lama-kelamaan saya faham apa yang mereka maksudkan.

     Mungkin situasi ini juga dialami sebahagian besar rakan-rakan diluar sana. Maka dengan itu saya menyediakan blog ini sebagai satu perkongsian untuk belajar bahasa dusun. Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran, jadi saya mengharapkan agar anda sudi berkongsi untuk saya serta kawan-kawan yang lain.

     Bahasa dusun mempunyai banyak cabang, namun dalam penulisan blog ini saya menggunakan bahasa Dusun Liwan. Hal ini kerana saya adalah dusun Liwan tambahan dusun ini lebih banyak di Sabah. Di mana-mana ada dusun Liwan seluruh pelusuk Sabah. Sehingga DJ radio, lagu-lagu juga menggunakan bahasa dusun Liwan. Namun jika ada bahasa dusun lain yang boleh dikongsikan, sila, boleh saja.

Semoga blog ini memberi maanfaat untuk kita semua. Semoga Berjaya

4 comments:

Anonymous said...

sia pun nda pndai ckap dusun owh.paham sikit neh..

Anonymous said...

sama laa...sa pn nda pandai ckp..-_-... sa dusun tindal...mumy sa kadazan tuaran... bg sa bahasa dusun lagi senang mo difaham drpd y bhs kadazan sll d newspaper tu... haha..

Anonymous said...

masalah tiada pengajaran khusus,tapi ada buku teks sudah sekarang tinggal kamus lagi mau tunggu..harap ada orang pro kasi terbit kamus pustaka bahasa dusun..bahasa rasmi tulun sabah..heheh

Anonymous said...

Saya org semenanjung ingin blajar bahasa dusun. Jodoh saya org sabah kadazandusun sbb tu saya nk blajar. Terima kasih pd tuan punya blog sudah ajar saya mcm2

Apasi Boros Apasi Tinaru