Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

12/2/11

Sigah Do Kadazan Dusun



Iti noh komoyon do Sigah. Sigah nopo diti nga koubasanan do tulun Kadazan Dusun mamakai di pogulu miagal do tupi. Baino Sigah diti nosili iso pongintutunan do tinaru Kadazan Dusun sorili pogun Malaysia.
Gambar id sawat kopio nopo nga gambar iso menumen Sigah di nopongoh noh. Gambar id siriba nopo nga gambar Sigah di mamaso piwowonsoion.

Gatang nopo "projek" nokowonsoi monumen Sigah diti nga lobi RM 400 000. Projek momonsoi Sigah diti nakaanu ogumu ponguhatan mantad mogigion pogun Sabah lobi poh id somok dilo. Monumen diti pinasandad id 'roundabout' somok Donggongon Penampang.

Kabar poimponu kokomoi Sigah diti anu nu mambasa id artikel diti
http://bengodomon.com/2008/05/18/the-donggongon-roundabout-sigah-controversy-which-way-should-it-be-facing/

Asas Percakapan Seharian

1. Awak hendak ke mana ?
     Nonggo tongoyon nu ?

2.  Awak nak buat apa kat sana ?
     Nu mangan nu hilo   ?

3. Kenapa awak senyum ? 
    Nokuro kongingis koh? 

4. Bila awak nak datang ke rumah saya ? 
    Soira koh rumikot mongoi id lamin ku ? 

 5. Okey lah, kalau begitu, saya pergi dulu. Jumpa lagi.
     Bah, nung miagal diti, mamanau oku poh. Kopiruba kawagu 



(Saya menggunakan ayat dan bahasa yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian,
Jika ada sebarang cadangan, sila komen di bawah.Kotoluadan) 

Bertanya kepada seseorang- Asas

1. Siapa nama kamu?
    Isai ngaran nu ?


2 . Nonggo tadon nu ?
    Awak dari mana  ?


3. Nonggo ko poingion ?
    Awak tinggal di mana?


4. Siapa nama ayah awak?
    Isai ngaran di tapa nu ?


5. Siapa nama emak awak?
   Isai ngaran di tama nu ? 


6. Piro kou songodiadi?
    Awak ada berapa adik beradik?


7. Piro noh numbur nu ?
   Berapa umur awak?




(Jika anda ada sebarang cadangan penambahbaikan , anda boleh isikan komen di bawah)

12/1/11

Mari Belajar Bahasa Dusun

Hai, Salam sejahtera. Shalom.
     Akhirnya tercipta juga blog ini. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi kepada anda semua yang ingin belajar bahasa dusun. Idea ini tercetus setelah saya mendapati sebahagian besar anak muda masa kini kurang atau tidak boleh bertutur dalam bahasa dusun iaitu salah satu suku kaum yang terbesar di Sabah. 

     Pengalaman saya sendiri, bukan dibesarkan dengan menggunakan Bahasa Dusun meski ibu bapa saya adalah dusun 'tulen'. Di rumah, ibu bapa berkomunikasi dengan saya menggunakan bahasa Melayu walaupun kedua-duanya fasih berbahasa dusun. Hanya bila kami balik kampung sahaja saya dapat 'try2' cakap bahasa dusun dengan kazen2 saya yang sememangnya "bercakap macam air" saja dalam bahasa Dusun.

     Saya sangat cemburu apabila melihat kazen2 saya di kampung, berumur hanya 4-6 tahun, tapi sudah amat lancar berbahasa dusun. Apabila bertutur dalam bahasa Melayu, mereka juga boleh. Ini menambahkan lagi semangat ingin belajar bahasa sendiri dalam diri saya. Sesekali saya cuba bercakap dusun tapi tidak sah kalau tidak diketawakan oleh kazen2 saya. Saya tidak berputus asa, saya akan cuba lagi walaupun banyak kesalahan berlaku. Kazen2 saya pula tidak berhenti mengajar saya apa saja perkataan baru yang saya tidak tahu. Perkataan pertama yang saya tahu adalah " Id korongou ko..Bosuk!!"..hahaa.. Lucu kan.. Perkataan ini keluar dari mulut kazen saya yang berumur 6 tahun. Sehingga kini saya masik ingat ayat ini. Sejak dari itu, bila mau balik kampung saja, mesti saya suka sebab saya boleh belajar bercakap dusun lagi. Datuk dan nenek saya yang memang kurang pandai cakap melayu adalah tempat saya belajar banyak tentang bahasa ni. Walaupun bahasa Dusun dorang agak 'dalam' sikit tapi lama-kelamaan saya faham apa yang mereka maksudkan.

     Mungkin situasi ini juga dialami sebahagian besar rakan-rakan diluar sana. Maka dengan itu saya menyediakan blog ini sebagai satu perkongsian untuk belajar bahasa dusun. Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran, jadi saya mengharapkan agar anda sudi berkongsi untuk saya serta kawan-kawan yang lain.

     Bahasa dusun mempunyai banyak cabang, namun dalam penulisan blog ini saya menggunakan bahasa Dusun Liwan. Hal ini kerana saya adalah dusun Liwan tambahan dusun ini lebih banyak di Sabah. Di mana-mana ada dusun Liwan seluruh pelusuk Sabah. Sehingga DJ radio, lagu-lagu juga menggunakan bahasa dusun Liwan. Namun jika ada bahasa dusun lain yang boleh dikongsikan, sila, boleh saja.

Semoga blog ini memberi maanfaat untuk kita semua. Semoga Berjaya

Apasi Boros Apasi Tinaru